17 Jun 2009

HINDARI MAKSIAT INSYA ALLAH

Maksiat-Maksiat

Maksiat hati :

• Riya' dalam beramal kebaikan, ertinya berbuat kebaikan kerana manusia , agar dapat pujian dari manusia, perbuatan riya' sebegini dapat menghilangkan pahala kebaikan yang dilakukannya.
• Ujub dalam berbuat ketaatan,ertinya menganggap bahawa ibadah yang dilakukan adalah hasil dari usahanya dan melupakan bahawa ia adalah kurniaan Allah.
• Ragu terhadap kewujudan Allah.
• Merasa aman dari siksaan dan ancaman Allah.
• Putus asa dari rahmat Allah.
• Sombong kepada manusia,ertinya menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia lain.
• Dengki ertinya menyimpan rasa permusuhan yang disertai dengan usaha untuk mewujudkan kemudaratan kepada muslim lain.
• Iri hati ertinya membenci kenikmatan yang diraih oleh orang lain dan berusaha untuk melenyapkan nikmat tersebut.
• Mengungkit-ungkit sedekah.
• Terus-menerus dalam membuat dosa.
• Mendustakan qada' dan qadar Allah.
• Gembira dengan maksiat yang dikerjakan diri sendiri ataupun orang lain.
• Mengkhianati orang lain sama ada orang itu muslim atau kafir.
• Membuat perancangan jahat.
• Membenci sahabat-sahabat Rasulullah,keluarga nya dan orang-orang yang soleh.
• Bakhil dalam hal yang ditetapkan oleh Allah.
• Meremehkan sesuatu yang diagungkan oleh Allah.
• Meremehkan ancaman yang dijanjikan oleh al-Quran,ilmu agama,syurga dan neraka.

Maksiat lidah:

• Mengumpat,iaitu apabila menyebut –nyebut sesame saudara muslim dengan sesuatu yang membencinya tentang keaiban orang yang diumpat.
• Mengadu domba,iaitu menyebarkan isu atau propaganda permusuhan(provokas i).
• Melaga-lagakan, iaitu provokasi dengan tanpa ucapan sekalipun antara binatang.
Berbohong,iaitu membelakangi kenyataan.
• Sumpah palsu
• Mengungkap kalimat yang mengandungi kalimah qadzaf seperti tuduhan kepada orang lain dengan perbuatan zina sama ada melalui perkataan yang jelas mahupun sindiran. Hukuman kepada pelakunya ialah: Orang yang merdeka:80 kali sebatan, Hamba sahaya:40 kali sebatan.
• Mencaci sahabat Rasulullah.
• Menunda-nunda dalam membayar hutang padahal dia mampu umtuk membayarnya.
• Mencaci,melaknat dan menghina seorang muslim lain.
• Berdusta kepada Allah dan Rasul—nya.
• Melakukan dakwaan palsu.
• Menhtalak isteri dalam keadaan haid atau dalam keadaan suci yang telah ia setubuhi pada masa suci tersebut.
• Mengziharkan isteri. Hukuman kepada pengzihar: Memerdekakan muslim yang normal(sihat dan tidak cacat). Jika tidak mampu,maka berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu berpuasa, maka harus memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.

Maksiat telinga :

• Mendengar perkataan orang yang dirahsiakan darinya.
• Mendengar bunyi seruling,biola dan suara-suara lain yang diharamkan.
• Mendengar orang mengumpat,mengadu domba dan melaga-lagakan orang lain.

Maksiat kedua tangan :

• Mengurangi timbangan dan ukuran
• Mencuri
• Merampas hak orang lain secara terang-terangan dan terus melarikan diri
• Menguasai hak orang lain secara terang-terangan kemudian melarikan diri
• Mengambil harta ghanimah sebelum dibahagikan secara syar'ie
• Membunuh
• Mengambil rasuah
• Membakar haiwan yang tidak menyakiti
• Berjudi
• Memainkan alat muzik yang diharamkan
• Menyentuh perempuan yang halal dikahwini tanpa berlapik dengan bersyahwat
• Menggambar sesuatu yang bernyawa
• Tidak membayar zakat
• Tidak membayar upah buruh atau pekerja
• Tidak menolong orang dalam kesusahan tanpa uzur syar'ie
• Menulis sesuatu yang haram untuk diucapkan
• Mengkhianati orang

Maksiat kaki :

• Pergi untuk melakukan dosa
• Berjalan untuk membunuhnya atau melukai orang lain tanpa hak
• Hamba lari daripada majikan
• Isteri lari daripada suami
• Lari daripada tanggungjawab
• Berjalan dengan sombong
• Melangkahi belakang orang lain kecuali untuk menepati tempat yang kosong
• Berjalan di hadapan orang yang solat
• Melunjurkan kaki di hadapan al-Quran sedangkan al-Quran tidak berada di tempat
yang tinggi
• Setiap perjalanan untuk melakukan perkara yang haram dan meninggalkan
kewajipan

Maksiat kemaluan :

• Berzina
• Meliwat orang
• Bersetubuh dengan haiwan
• Beronani dengan selain tangan isteri atau budak yang halal baginya
• Bersetubuh di saat isteri dalam keadaan haid dan nifas
• Mendedahkan aurat di hadapan orang yang haram melihatnya
• Membuka aurat secara sendirian tanpa ada tujuan
• Menghadap atau membelakangi kiblat sewaktu sedang membuang air besar dan air kecil
• Buang air besar di atas kuburan
• Buang air kecil di dalam tempat yang dimuliakan seperti masjid
• Tidak bersunat/berkhatan

Maksiat perut :

• Makan harta riba'.
• Mengenakan cukai.
• Ghasab(mengambil hak milik orang lain dengan paksa).
• Mencuri(mengambil harta orang dengan cara sembunyi-sembunyi) .
• Minum arak(minuman yang memabukkan).
• Makan barang-barang yang memabukkan.
• Makan sesuatu yang najis dan mustaqdzar(tidak najis tetapi menjiikkan seperti ingus,air ludah dan sebagainya.
• Makan harta anak yatim atau harta wakaf dengan menyalahi apa yang telah disyaratkan oleh orang yang mewakafkannya.
• Menerima pemberian orang lain yang diberikan kepadanya kerana rasa malu dan tidak tulus dalam memberikannya.

Maksiat mata :

• Melihat mahram dengan bersyahwat
• Melihat aurat mahram dan kaum sejenis
• Membuka aurat di tempat yang sepi secara sendirian tanpa ada hajat
• Memandang rendah dan hina sesama insan
• Melihat sesuatu yang disembunyikan oleh orang lain
• Melihat isi rumah orang lain tanpa izin empunyanya

Maksiat badan :

• Menyakiti kedua ibu bapa.
• Cabut lari dari peperangan, iaitu lari dari barisantentera islam yang berperang di jalan Allah setelah sampai di medan peperangan.
• Memutuskan tali silaturrahim (ikatan persaudaraan sesama islam)
• Menyakiti jiran tetangga meskipun seorang kafir yang telah mendapat jaminan keamanan.
• Lelaki menyerupai perempuan dan juga sebaliknya yakni dengan sesuatu yang khusus bagi salah satu jenis dalam hal berpakaian , sikap dan lain-lain.
• Lelaki melebihkan pakaian hingga ke bawah buku lali dengan niat menunjuk-nunjuk atau untuk berbangga diri.
• Memakai inai pada tangan atau kaki dengan menggunakan daun inai bagi lelaki tanpa ada hajat yang diharuskan syarak.
• Membatalkan ibadah wajib seperti solat fardhu , puasa ramadhon dalam ketika menunaikannya tanpa ada uzur syar'i.
• Membatalkan ibadah haji dan umrah yang status keduanya adalah sunat bagi pelakunya setelah berniat ihram.
• Meniru percakapan atau perbuatan orang mukmin dengan tujuan menghinanya.
• Mencari keaiban dan kejelikan orang.
• Memakai atau membuat tatu pada badan manusia.
• Tidak bertegur sapa terhadap seorang muslim selama lebih dari tiga hari kecuali ada alasan yang diperbolehkan syara'.
• Duduk bersama dengan ahli bid'ah atau orang fasiq sehingga tenggelam dalam kefasikannya.
• Memakai emas , perak atau kain sutera bagi lelaki yang sudah baligh kecuali cincin perak dan kain sutera yang kadar benang sutera lebih sedikit berbanding benang biasa pada kain tersebut.
• Khalwat dengan ajnabiyyah – iaitu berduaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya ditempat yang sunyi tanpa ada orang ketiga samaada lelaki ataupun perempuan yang disegani.
• Perempuan yang bermusafir tanpa ditemani oleh mahram atau suaminya tanpa ada sebab darurat.
• Menjadikan seorang yang merdeka sebagai buruh paksa (menggesa untuk bekerja secara paksaan.
• Memusuhi para wali Allah.
• Menolong atau membantu dalam berbuat maksiat.
• Menyebarkan suatu da'yah yang palsu.
• Menggunakan peralatan rumah (seperti bekas, cawan dan sebagainya) yang diperbuat daripada emas dan perak atau menyimpannya. Adapun perhiasan wanita dibolehkan bagi perempuan.
• Meninggalkan suatu yang fardhu , atau melaksanakannya tapi dengan meninggalkan rukun atau syaratnya atau melakukan hal yang membatalkannya.
• Meninggalkan solat jumaat yang hukumnya wajib baginya meskipun dia melakukan solat zohor.
• Penduduk di suatu perkampungan atau bandar yang meninggalkan solat fardhu berjamaah.
• Melewat-lewatkan sembahyang fardhu sehingga keluar dari waktunya tanpa uzur.
• Memburu binatang buruan dengan senjata yang barat dan tumpul (seperti membunuh binatang buruan dengan batu , maka dia mati akibat hentakan yang kuat dan berat, bukan tajam)
• Menjadikan haiwan sebagai sasaran latihan memanah dan seumpamanya.
• Perempuan yang dalam masa iddah keluar rumah tanpa sebab yang diharuskan syara' atau meninggalkan pantang larang sewaktu iddah bagi isteri kematian suami.
• Mengotori masjid samaada dengan benda najis atau dengan benda yang suci.
• Menunda-nunda ibadah haji bagi yang telah mampu sampai meninggal dunia.
• Berhutang bagi orang yang tidak ada harapan secara lahiriyyah dapat melunaskan hutangnya, sedangkan orang yang memberi hutang tidak tahu tentang hal tersebut.
• Tidak memberikan tempoh waktu yang lebih lama bagi orang yang tidak sanggup membayar hutangnya.
• Menggunakan harta untuk tujuan maksiat.
• Memperlekehkan (tidak menghormati) al-Quran dan ilmu syara' dan membiarkan anak kecil yang sudah mumayyiz memperlakukan demikian.
• Memindahkan batasan tanah (memindahkan batasan antara tanah miliknya dengan tanah milik orang lain.
• Menyalahguna jalan dengan suatu yang tidak dibolehkan (seperti membuat tapak jualan ditengah jalan , adapun di pinggir jalan maka diharuskan.
• Menggunakan barang yang dipinjam tidak pada fungsinya atau guna melebihi waktu yang telah ditentukan atau meminjamkannya kepada orang yang lain pula.
• Melarang orang menggunakan kemudahan awam atau tempat awam seperti pantai , sungai , taman rekriasi dan lain-lain.
• Menggunakan barang yang ditemui sebelum di isytiharkan kepada masyarakat sesuai dengan syarat-syaratnya .
• Duduk berdiam diri sambil melihat kemungkaran berlaku tanpa ada keuzuran.
• Menghadiri suatu perayaan tanpa diundang atau yang mengadakan pesta mengizinkannya masuk secara terpaksa untuk menutup malu.
• Suami yang tidak berlaku adil kepada isteri yang berpoligami dalam hal nafkah dan bermalam.
• Perempuan yang keluar dari rumah untuk mendapat perhatian atau menggoda lelaki.
• Melakukan perkara berbentuk sihir.
• Tidak taat kepada khalifah / imam seperti mereka yang membangkang kepada sayyidina ali dan bahkan memeranginya.
• Mengurus anak yatim , masjid atau menjadi hakim padahal ia mengetahui bahawa dirinya tidak mampu menjalankan amanat tersebut.
• Menyembunyikan atau melindungi orang yang zalim dari orang yang ingin mengambil hak darinya.
• Menakut-nakutkan orang muslim seperti mengacu-acukan pisau ke arahnya.
Tidak melaksanakan apa yang telah dinazarkan.
• Berterusan dalam berpuasa – yaitu berpuasa dua hari atau lebih secara berturut-turut tanpa makan apapun.
• Merampas tempat duduk orang lain atau mendesak hingga sampai menyakitinya, atau mengambil giliran orang lain.

0 ulasan: